Rabu, 19 Januari 2022 | 7:29am
Petugas kesihatan melakukan suntikan vaksin COVID-19 secara pandu lalu di luar perkarangan stadium Ewood Park, Blackburn. - Foto AFP
Petugas kesihatan melakukan suntikan vaksin COVID-19 secara pandu lalu di luar perkarangan stadium Ewood Park, Blackburn. - Foto AFP

438 kes kematian baharu COVID-19 di Britain

LONDON: Britain semalam mencatatkan 438 kes kematian baharu COVID-19, tertinggi sejak Februari tahun lalu, ketika Perdana Menteri, Boris Johnson mempertimbangkan beberapa tindakan bagi mengurangkan penyebaran varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Sajid Javid sebelum ini memberitahu Parlimen bahawa kerajaan optimis langkah COVID-19 yang akan diperkenalkan untuk mengurangkan penularan Omicron memandangkan kes dan kemasukan ke hospital meningkat.

Media Britain bagaimanapun melaporkan, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan perintah sekatan sedia ada, termasuk bekerja dari rumah dan penggunaan pasport vaksin.

Walaupun jangkitan kes mencapai rekod tertinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini, program galakan dos penggalak yang cepat dan jangkitan Omicron yang kurang bahaya menyebabkan kemasukan ke hospital dan kematian tidak meningkat dengan mendadak berbanding gelombang pandemik sebelum itu.

Britain turut melaporkan 152,513 ke kematian akibat COVID-19 secara keseluruhan, jumlah kematian ketujuh tertinggi di dunia, dengan sebahagian besar kematian berlaku pada tahun pertama virus itu dikesan. - REUTERS

Berita Harian X