Isnin, 17 Januari 2022 | 5:56pm
EU berdepan ancaman ‘twinpedic’ berpanjangan susulan masih bergelut dengan COVID-19 dan virus Influenza yang kembali ke Eropah pada kadar lebih pantas daripada jangkaan musim sejuk ini. - Foto REUTERS
EU berdepan ancaman ‘twinpedic’ berpanjangan susulan masih bergelut dengan COVID-19 dan virus Influenza yang kembali ke Eropah pada kadar lebih pantas daripada jangkaan musim sejuk ini. - Foto REUTERS

Kesatuan Eropah berdepan ancaman 'twinpedic' berpanjangan

BRUSSELS: Virus Influenza yang kembali ke Eropah pada kadar lebih pantas daripada jangkaan musim sejuk ini selepas ia hampir hilang tahun lalu, meningkatkan kebimbangan berlaku kesan berpanjangan 'twindemic' ketika COVID-19 yang masih bergelut mengenai sejauh mana keberkesanan vaksin selsemanya.

Biarpun perintah berkurung, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal sudah menjadi sebahagian norma baharu di Eropah sejak COVID-19 melanda, yang mengakibatkan virus selsema 'tersingkir' ketika musim sejuk lalu, lalu menghapuskan sementara virus yang mengorbankan kira-kira 650,000 orang di seluruh dunia setahun, menurut angka Kesatuan Eropah (EU).

Namun, ia kini sudah berubah apabila negara kian mengambil langkah melonggarkan peraturan memerangi COVID-19 berikutan kadar vaksinasi semakin meluas.

Sejak pertengahan Disember lalu, virus influenza tersebar pada kadar yang lebih tinggi daripada jangkaan di Eropah, menurut laporan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) yang diterbitkan bulan ini.

Pada Disember lalu, bilangan kes influenza di unit rawatan rapi (ICU) Eropah meningkat secara berterusan sehingga memuncak kepada 43 pada minggu terakhir bulan lalu, menurut data dari ECDC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Misalnya sebelum pandemik, purata kes selsema dalam seminggu di ICU melebihi 400 pada tempoh sama pada 2018.

Menurut data itu lagi, ia menunjukkan peningkatan ketara tahun lalu, iaitu hanya ada satu kes influenza di ICU pada sepanjang Disember.

Bagaimanapun, virus terbabit berupaya menjadi permulaan musim selsema yang panjang dan boleh berlarutan hingga ke musim panas, kata pakar terkemuka influenza di ECDC, Pasi Penttinen, kepada Reuters.

"Jika kita mula menarik semua sekatan, saya amat bimbang terutama berkaitan Influenza, kita mempunyai begitu banyak masa daripada hampir tiada penularan dalam kalangan warga Eropah, mungkin kita akan beralih daripada corak bermusim biasa," katanya.

Beliau berkata, merungkaikan langkah sekatan pada musim bunga boleh memanjangkan peredaran selsema jauh melebihi tempoh biasa akhir musim Eropah iaitu pada Mei.

'Twindemic' itu boleh memberi tekanan berlebihan terhadap sistem kesihatan yang sudah terlalu tegang, kata ECDC dalam laporannya.

Di Perancis, tiga wilayah termasuk wilayah Paris menghadapi wabak selsema, menurut data yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Perancis pada minggu lalu.

Yang lain berada dalam fasa prawabak. Setakat ini, Perancis pada musim ini merekodkan 72 kes selsema serius dengan enam kematian.

Perkara lebih merumitkan, adalah ketegangan influenza dominan yang bertebaran tahun ini dengan setakat ini H3 virus A, yang biasanya menyebabkan kes paling teruk dalam kalangan warga tua.

Penttinen berkata, masih terlalu awal untuk membuat penilaian akhir terhadap vaksin selsema kerana bilangan pesakit yang lebih besar diperlukan untuk analisis dunia sebenar.

Bagaimanapun, ujian makmal menunjukkan vaksin sedia ada tahun ini 'tidak akan menjadi optimum' terhadap H3.

Ini berikutan sebahagian besarnya kerana terdapat sangat sedikit atau tiada virus yang beredar semasa komposisi vaksin diputuskan tahun lalu, menjadikannya lebih sukar bagi pembuat vaksin untuk meramalkan jenis vaksin dominan pada musim selsema akan datang.

Vaccines Europe, yang mewakili pembuat vaksin terkemuka di rantau ini, mengakui pemilihan jujukan menjadi lebih sukar disebabkan oleh peredaran selsema yang sangat rendah tahun lalu, selain data masih belum mencukupi untuk menilai keberkesanan vaksin pada musim ini.

Vaksin influenza disesuaikan setiap tahun untuk menjadikannya mempunyai keberkesanan terhadap virus selsema yang sentiasa berubah.

Komposisi mereka diputuskan enam bulan sebelum musim selsema bermula, berdasarkan peredaran virus di hemisfera bertentangan.

Ia memberi masa kepada pembuat ubat untuk mengembangkan dan membuat dos vaksin.

Data seluruh Eropah mengenai pengambilan vaksin selsema belum mencukupi namun angka kebangsaan untuk Perancis menunjukkan liputan tidak seluas yang diharapkan pihak berkuasa.

Pihak berkuasa di sana melanjutkan tempoh vaksinasi selama sebulan hingga akhir Februari untuk meningkatkan inokulasi.

Menurut angka yang dikeluarkan minggu lalu, 12 juta orang setakat ini sudah diberikan vaksin, kira-kira 45 peratus daripada populasi yang disasarkan.

"Masih terdapat ruang besar untuk penambahbaikan untuk mengehadkan kesan wabak selsema," kata Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan pada 11 Januari lalu.

Sasaran tahun ini adalah untuk memberi vaksin kepada 75 peratus individu berisiko.

Sementara itu, Vaccines Europe berkata, industri sudah membekalkan sejumlah besar vaksin influenza, walaupun terdapat tekanan pada kemudahan pengeluaran akibat wabak itu. - REUTERS

Berita Harian X