Jumaat, 31 Disember 2021 | 8:28pm
Beberapa negara Eropah sedang bertarung dengan strain selesema H5N1 yang sangat menular. - Foto AFP
Beberapa negara Eropah sedang bertarung dengan strain selesema H5N1 yang sangat menular. - Foto AFP

Perancis musnahkan lebih 600,000 ayam, itik, unggas

PARIS: Perancis memusnahkan sejumlah 600,000 ke 650,000 ayam, itik dan unggas lain sepanjang bulan lalu, dalam usaha untuk membendung virus selesema burung yang mengancam untuk merebak kali keempat di negara itu sejak 2015.

Kementerian Pertanian melaporkan kluster virus di 26 ladang kilang, terutamanya di barat daya - yang menjadi pusat kepada industri foie gras pate Perancis yang menguntungkan - serta 15 kes membabitkan unggas liar dan tiga kes di kandang.

Beberapa negara Eropah kini sedang bertarung dengan strain selesema yang sangat menular iaitu H5N1, hanya setahun selepas virus serupa dikesan.

Belgium dan Britain sudah mengumumkan penularan wabak itu, manakala pihak kesihatan haiwan Czech pada kelmarin berkata, 80,000 burung akan dimusnahkan di satu ladang dengan lebih 100,000 haiwan mati akibat virus itu sejak minggu lalu.

Di Perancis, kerajaan mengarahkan petani sejak November lalu untuk menyimpan ayam di dalam rumah dalam usaha untuk menghentikan penyebaran virus oleh burung yang berhijrah, meskipun sudah ada kes pertama dikesan lewat bulan itu, di sebuah tapak penternakan di utara.

Kementerian berkata, kes pertama melanda di barat daya negara, kes kini berpusat, selepas dikesan berlaku pada 16 Disember.

Musim sejuk lalu, lebih 500 ladang dikesan dijangkiti secara besar-besaran yang mendorong pemusnahan kira-kira 3.5 juta burung, terutamanya itik malah kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta euro sebagai pampasan pada musim sejuk 2015-2016 dan 2016-2017, penternak ayam sudah pun dilanda wabak selesema burung secara besar-besaran. - AFP

Berita Harian X