Sabtu, 25 Disember 2021 | 11:53am
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Pelarian, migran maut bot tenggelam di perairan Greece

ATHENS: Sejumlah pelarian dan migran maut menjelang sambutan Krismas apabila bot dinaiki mereka tenggelam di perairan Greece.

Dua mayat berjaya ditemui ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan berhampiran Pulau Paros di Laut Aegean, malam tadi, lapor Agensi Berita Xinhua yang memetik media Greece.

Setakat ini, 57 penumpang sudah diselamatkan dan menurut mereka, ada kira-kira 80 orang berada di atas bos berkenaan.

Sebelum itu, pihak berkuasa Greece mengumumkan pada Rabu lalu, sebuah lagi bot karam berhampiran Pulau Folegandros.

Insiden terbabit meragut tiga nyawa, manakala 13 berjaya diselamatkan dan jumlah mangsa yang hilang tidak dapat dipastikan, hingga kini.

Sejak 2015, Greece menjadi laluan untuk migran dan pelarian menuju ke Eropah.

Bagaimanapun, ratusan daripada mereka dilaporkan terkorban di Laut Aegean sejak enam tahun lalu. – BERNAMA

Berita Harian X