Jumaat, 17 Disember 2021 | 7:05am
G7 summit or meeting concept. Row from flags of members of G7 group of seven and list of countries, 3d illustration
G7 summit or meeting concept. Row from flags of members of G7 group of seven and list of countries, 3d illustration

Omicron ancaman terbesar kepada kesihatan awam global - G7

LONDON: Kumpulan G7 menyifatkan varian baharu COVID-19, Omicron, sebagai ancaman terbesar kepada kesihatan awam global ketika ini, sekali gus menegaskan amat penting untuk negara di dunia bekerjasama rapat memeranginya.

Pengerusi kumpulan itu, Britain dalam satu kenyataan, semalam, memaklumkan bahawa Menteri Kesihatan G7 sangat bimbang akan lonjakan penularan virus berkenaan,

"Menteri terbabit bersetuju perkembangan ini harus dilihat sebagai ancaman terbesar kepada kesihatan awam global ketika ini.

"Justeru, adalah jauh lebih penting berbanding sebelum ini untuk saling bekerjasama rapat, melakukan pemantauan dan berkongsi data," katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan G7 menyertai mesyuarat dihoskan Britain, dengan memfokus isu akses global terhadap diagnostik, penjujukan genom, vaksin dan terapeutik dalam usaha mengekang perebakan virus berkenaan.

"Mereka juga bersetuju akan semakin pentingnya kempen suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, ujian secara tetap, dan pelaksanaan berterusan langkah bukan farmaseutikal," menurut kenyataan itu lagi. - AFP

Berita Harian X