Ahad, 21 November 2021 | 10:29am
Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid. - Foto Google
Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid. - Foto Google

UK siasat 'kecenderungan sistematik' teknologi peranti perubatan

LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid, hari ini mengumumkan beliau melancarkan semakan bebas bagi memeriksa sama ada berlaku 'kecenderungan sistematik' dalam pembangunan peranti perubatan itu ekoran pandemik COVID-19 yang membawa permasalahan itu.

Sajid Javid berkata, beliau akan bekerjsama dengan rakan sejawat dari Amerika Syarikat (AS), Xavier Becerra serta negara yang berfikiran sama di seluruh dunia.

"Ia bagi membolehkan kita membentuk apa yang terjadi di sebalik teknologi yang berharga ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam penulisan di akhbar Sunday Times dan turut memetik kajian mengenai oximeter - alat pemantau tahap oksigen yang diguna secara meluas ketika pandemik COVID-19 - adalah kurang berkesan terhadap mereka yang berkulit gelap, sebagai satu daripada masalah yang akan dikenal pasti.

"Satu daripada prinsip Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) kami adalah kesaksamaan dan kemungkinan berlakunya berat sebelah - atau mungkin tanpa disengajakan - yang boleh membawa kepada hasil kesihatan yang lebih buruk yang sama sekali tidak boleh diterima.

"Kita perlu segera mengetahui lebih lanjut mengenai berat ini dalam peranti terbabit dan apakah kesannya terhadap kumpulan barisan hadapan.

"Jadi saya sudah menugaskan semakan bebas bagi melihat sama ada berlaku kecenderungan sistematik yang wujud dalam peranti semasa dan sekiranya berlaku, bagaimana kita mahu menanganinya," katanya.

Javid yang juga anak kepada imigran Pakistan dan menjadi individu pertama dari etnik minoriti itu yang memegang jawatan itu turut berkata, beliau akan memeriksa semua alat kesihatan serta menyemak keadaan berat sebelah yang lain seperti jantina dan kaum.

Beliau yang berminat untuk mengetengahkan isu itu apabila melihat jurang kesihatan ketika krisis COVID-19 memuncak pada musim sejuk lalu.

Ketika itu, rakyat berkulit hitam, berketurunan Asia dan kumpulan minoriti lain menyertai 28 peratus dalam penjagaan kesihatan kritikal di England, iaitu meningkat dua kali ganda daripada populasi sepenuhnya.

Mengenai kerjasama antarabangsa, Javid berkata, beliau sudah berbincang dengan Becerra.

"Saya mahu bekerja dengan dia dan negara berfikiran sama di seluruh dunia supaya kita boleh mengetahui apa di sebalik teknologi berharga ini," katanya. - AFP

Berita Harian X