Isnin, 1 March 2021 | 10:09pm
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle, menggegarkan monarki Britain dengan pengumuman mengejutkan mereka pada Januari 2020 bahawa mereka mengundur dari keluarga diraja itu. - Foto AFP
Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle, menggegarkan monarki Britain dengan pengumuman mengejutkan mereka pada Januari 2020 bahawa mereka mengundur dari keluarga diraja itu. - Foto AFP

Putera Harry 'bimbang sejarah berulang'

LOS ANGELES: Putera Britain, Putera Harry, yang menyalahkan pencerobohan akhbar hingga menjadi antara faktor kematian ibunya, Puteri Diana pada tahun 1997, menyatakan kepada rancangan sembang AS Oprah Winfrey bahawa dia bimbang sejarah berulang.

Harry dan isterinya, Meghan Markle, menggegarkan monarki Britain dengan pengumuman mengejutkan mereka pada Januari 2020 bahawa mereka mengundur dari keluarga diraja itu.

CBS semalam mengeluarkan klip ringkas wawancara 'intim' dengan Winfrey mengenai kehidupan mereka yang akan ditayangkan pada 7 Mac ini.

"Kebimbangan terbesar saya adalah sejarah berulang," kata Harry, 36, yang merujuk kepada kematian ibunya yang terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997, ketika cuba melarikan diri dari paparazzi.

Harry tidak mempunyai hubungan yang baik sekian lama dengan tabloid Britain dan menyalahkan pencerobohan akhbar menyumbang kepada kematian Diana.

"Saya benar-benar lega dan senang duduk di sini bercakap dengan anda dengan isteri saya di sisi.

"Kerana saya mula tidak dapat membayangkan seperti apa yang (Diana) dilalui, menjalani proses ini sendiri bertahun-tahun yang lalu.

"Sungguh sukar bagi kami berdua, tetapi sekurang-kurangnya kami mempunyai satu sama lain," kata Harry yang memegang tangan Markle kepada Winfrey.

Pasangan yang sedang menanti anak kedua itu juga memfailkan beberapa kes undang-undang terhadap agensi berita Britain termasuk dengan kemenangan terhadap Associated Newspapers.

Harry minggu lalu juga mendedahkan bahawa beliau meninggalkan kehidupan kerajaan kerana akhbar Britain 'merosakkan' kesihatan mentalnya dalam rancangan 'The Late Late Show' James Corden.

"Kita semua tahu apa yang media British boleh lakukan dan itu merosakkan kesihatan mental saya.

"Saya rasa ini toksid, oleh itu, saya melakukan apa yang suami dan ayah akan dilakukan," kata Harry yang berpindah ke Amerika Syarikat dengan Markle tahun lalu.

Baru-baru ini, Istana Buckingham mengumumkan bahawa pasangan itu berhenti dari tugas kerajaan sepenuhnya.

Ratu Elizabeth II memerintahkan Duke dan Duchess of Sussex, sebagaimana diketahui secara formal, untuk melepaskan gelaran dan naungan kehormatan mereka. - AFP

Berita Harian X