Ahad, 13 Disember 2020 | 7:50am
Itali kini menjadi negara merekodkan kematian COVID-19 tertinggi di Eropah. - Foto AFP
Itali kini menjadi negara merekodkan kematian COVID-19 tertinggi di Eropah. - Foto AFP

Itali atasi Britain catat kematian akibat COVID-19

ROM: Itali kini menjadi negara yang merekodkan jangkitan COVID-19 tertinggi di Eropah dengan 64,036 kematian mengatasi Britain, mengikut kaji selidik AFP.

Kementerian Kesihatan Itali melaporkan seramai 649 orang dijangkiti pandemik itu dalam tempoh 24 jam dan sebanyak 19,903 kes baharu dikesan.

Berdasarkan kaji selidik AFP di Eropah, Itali kini mengatasi Britain apabila 64,026 kematian dilaporkan diikuti Perancis (57,567 kematian) dan Sepanyol (47,624 kematian).

Itali sebelum ini menjadi negara pertama di Eropah yang terkesan dalam gelombang pertama penularan wabak itu tahun ini dan terpaksa melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal kematian serta jangkitan.

UK sebelum ini mengatasi Itali pada 6 Mei lalu apabila merekodkan 30,000 kematian dan selepas musim panas, negara di selatan Eropah itu mengharungi ancaman COVID-19 tanpa kes kematian.

Walaupun memperkenalkan ujian secara besar-besaran, kes jangkitan mula meningkat pada awal musim luruh, seperti di kebanyakan negara kes kematian mulai meningkat.

Persatuan perubatan kebangsaan Itali pada Jumaat lalu turut melaporkan seramai 251 doktor meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.

Di seluruh dunia, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terus mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 seramai 295,539 orang setakat semalam diikuti Brazil, India dan Mexico. - AFP

Berita Harian X