BAYRAKLI: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turki dan Greece kini meningkat kepada 26 orang.
Gempa bumi berukuran 7.0 sekala Richter yang melanda Laut Aegean, semalam turut mencederakan lebih 800 penduduk.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa yang dirasakan dari Istanbul ke Athens, Greece melanda dekat kota peranginan Turki, Izmir, yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk.
USGS mengatakan, gempa bumi itu terjadi 14 kilometer (km) di luar bandar Neon Karlovasion, Greece, di pulau Samos di Laut Aegean.
Datuk Bandar Izmir Tunc Soyer memberitahu CNN Turk bahawa 20 bangunan runtuh dengan operasi menyelamat difokuskan ke atas 17 daripadanya.
Pada 1999, gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter melanda barat laut Turki dan mengorbankan 17,000 orang termasuk 1,000 di Istanbul.
Di Greece, kali terakhir gempa bumi mengorbankan dua orang di Kepulauan Kos berdekatan Samos pada Julai 2017. - AFP