Khamis, 24 September 2020 | 10:22pm
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (ECDC) Eropah.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (ECDC) Eropah.

EU beri amaran kematian akibat COVID-19 meningkat di 7 negara

STOCKHOLM: Tujuh negara Kesatuan Eropah (EU) dilanda kebimbangan susulan peningkatan jumlah kematian, kata pusat kawalan penyakit blok itu hari ini.

Ketujuh-tujuh negara berkenaan memiliki kadar jangkitan dan kes tenat tertinggi dalam kalangan warga emas serta tidak mustahil ia akan terus meningkat.

Negara terbabit ialah Sepanyol, Romania, Bulgaria, Croatia, Hungary, Republik Czech dan Malta.

Negara lain pula mencatatkan kenaikan jumlah pesakit masih muda tetapi kurang berisiko untuk mengalami komplikasi lebih buruk.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (ECDC) Eropah menyenaraikan 13 negara benua itu yang berada dalam senario berkenaan, termasuk Perancis dan Britain.

Bagaimanapun, susulan perkembangan sejak beberapa hari lalu, kebanyakan negara itu mula menepati kriteria klasifikasi membimbangkan, berikutan pertambahan kadar jangkitan dalam kalangan warga emas.

Kumpulan ketiga pula dianggap lebih stabil, iaitu risiko lebih rendah.

ECDC mengambil maklum bahawa di EU, risiko jangkitan ke atas penduduk kekal tinggi berdasarkan data kajian yang menunjukkan bahawa paras imuniti penduduk adalah 15 peratus lebih rendah berbanding kawasan lain. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X