Selasa, 8 September 2020 | 9:03am
(Gambar hiasan) Seorang pesakit COVID-19 dirawat di sebuah hospital di Jawa Barat. - FOTO AFP
(Gambar hiasan) Seorang pesakit COVID-19 dirawat di sebuah hospital di Jawa Barat. - FOTO AFP

COVID-19: Lebih 889,000 terkorban, 27 juta jangkitan seluruh dunia

PARIS: Wabak COVID-19 meragut sekurang-kurang 889,498 nyawa di seluruh dunia, menurut satu penjumlahan daripada sumber rasmi yang dikumpulkan oleh AFP setakat jam 11 pagi semalam.

Sekurang-kurang 27,172,460 kes direkodkan dengan 17,892,800 pesakit terbabit dilaporkan sembuh.

Penjumlahan berdasarkan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu bagaimanapun berkemungkinan hanya sebahagian daripada bilangan sebenar jangkitan.

Ia berikutan banyak negara hanya melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap kes paling serius atau bergejala.

Kelmarin, sebanyak 7,726 kematian dan 230,852 jangkitan yang baharu direkodkan di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan terkini, negara mencatatkan angka korban baharu tertinggi ialah India dengan 1,016 kematian, diikuti Brazil (447) dan Amerika Syarikat (AS) (408).

Setakat ini, AS adalah negara paling terkesan dengan 188,941 kematian daripada sejumlah 6,277,847 kes, manakala sekurang-kurang 2,315,995 pesakit telah dilaporkan sembuh.

Negara kedua paling terkesan ialah Brazil yang mencatatkan 126,650 kematian daripada 4,137,521 jangkitan, diikuti India (71,642 kematian, 4,204,613 jangkitan), Mexico (67,558 kematian, 634,023 jangkitan) dan United Kingdom (UK) (41,551 kematian, 347,152 jangkitan).

Peru pula muncul negara merekodkan angka korban tertinggi berbanding jumlah populasi, iaitu 90 kematian bagi setiap 100,000 penduduk, disusuli Belgium (85), Sepanyol (63), UK (61) dan Chile (61).

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengisytiharkan 85,134 kes setakat ini meliputi 12 jangkitan baharu sejak kelmarin, termasuk 4,634 kematian (sifar korban baharu) dan 80,320 pesakit sembuh.

Amerika Latin dan Caribbean mencatatkan 296,629 korban daripada 7,826,125 kes serta Eropah (218,369 kematian, 4,202,048 jangkitan), manakala AS serta Kanada 198,124 korban daripada 6,409,734 kes.

Asia pula melaporkan 106,036 kematian daripada 5,821,906 kes, Asia Barat (38,217 kematian, 1,581,175 kes), Afrika (31,312 kematian, 1,301,477 kes) dan Oceania (811 kematian, 30,002 kes). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X