Khamis, 9 Julai 2020 | 8:44am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: Lebih 545,000 kes kematian dilaporkan

PARIS: Sehingga kini, sekurang-kurangnya 545,414 penduduk dunia menjadi mangsa korban pandemik COVID-19 sejak virus itu mula dikesan di China, Disember lalu.

Berdasarkan data dikumpul AFP daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 11,906,470 kes positif direkodkan di 196 negara dan wilayah dengan sekurang-kurangnya 6,295,700 disahkan sembuh.

Dalam tempoh 24 jam, 5,523 kematian direkodkan dan 200,181 kes baharu jangkitan.

Brazil merekodkan 1,254 kematian dalam tempoh 24 jam, diikuti Amerika Syarikat (AS) (1,044) dan Mexico (895).

Sehingga kini, AS yang kekal menjadi negara paling teruk di landa wabak itu merekodkan 131,857 kematian daripada 3,022,899 kes.

Brazil pula mencatatkan 66,741 kematian daripada 1,668,589 kes; United Kingdom (UK) (44,517 kematian daripada 286,979 kes), Itali (34,914 kematian daripada 242,149 kes) dan Mexico (32,014 kematian daripada 268,008 kes).

Belgium menjadi negara paling tinggi merekodkan jumlah kematian berbanding 100,000 penduduknya dengan 84 kematian, diikuti UK (66), Sepanyol (61), Itali 58) dan Sweden (54).

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau melaporkan 83,572 kes termasuk 4,634 kematian.

Eropah pula secara keseluruhannya merekodkan 200,812 kematian daripada 2,770,388 kes; AS dan Kanada (140,625 kematian daripada 3,129,267 kes); Amerika Latin dan Caribbean (132,915 kematian daripada 3,039,720 kes); Asia (40,027 kematian daripada 1,579,739 kes); Asia Barat (18,872 kematian daripada 865,653 kes); Afrika (12,028 kematian daripada 511,260 kes) dan Oceania (135 kematian daripada 10,443 kes). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X