Selasa, 2 Jun 2020 | 7:05am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19 korbankan hampir 400,000 penduduk dunia

PARIS: Jumlah kematian akibat COVID-19 yang mula tercetus di China sejak Disember lalu setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 373,439 orang di seluruh dunia.

Berdasarkan data dikumpul AFP, sekurang-kurangnya 6,220,110 kes direkodkan di 196 negara dan wilayah.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 2,599,500 disahkan pulih daripada jangkitan itu.

Angka yang dikumpul daripada pihak berkuasa negara dan maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan yang sebenar.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes bergejala atau yang paling serius.

Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang paling teruk dilanda wabak dengan 104,658 kematian daripada 1,797,457 kes. Sekurang-kurangnya 444,758 orang telah pulih.

Selepas AS, negara-negara yang paling teruk dilanda adalah Britain dengan 39,045 kematian daripada 276,332 kes, Itali dengan 33,475 kematian daripada 233,197 kes, Brazil dengan 29,314 kematian daripada 514,849 kes dan Perancis dengan 28,833 kematian daripada 189,220 kes.

Antara negara dengan kadar kematian tertinggi, ialah Belgium yang mencatat 82 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Sepanyol dengan 58, Britain dengan 57, Itali dengan 55 dan Perancis dengan 44 per 100,000.

China - tidak termasuk Hong Kong dan Macau - setakat ini menyatakan 4,634 kematian dan 83,017 jangkitan. Ia mempunyai 78,307 kes yang pulih.

Secara keseluruhan Eropah mempunyai 179,040 kematian dari 2,166,993 kes, AS dan Kanada mempunyai 112,038 kematian daripada 1,889,104 jangkitan, Amerika Latin dan Caribbean 51,658 kematian daripada 1,029,284 kes, Asia 16,629 kematian daripada 560,866 kes, Asia Barat 9,628 kematian daripada 413,951 kes, Afrika 4,314 kematian daripada 151,339 kes, dan Oceania 132 kematian daripada 8,574 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X