Selasa, 12 Mei 2020 | 8:06am
Pelayan yang memakai topeng muka pelindung melayani pelanggan di luar restoran dimana beberapa wilayah di Sepanyol mempunyai kelonggaran sekatan semasa fasa pertama, di tengah wabak penyakit koronavirus (COVID-19), di Palma de Mallorca, Sepanyol. - Foto AFP

Sekurang-kurangnya 283,978 orang maut di seluruh dunia akibat COVID-19

PARIS: Wabak COVID-19 yang muncul pertama kali di China, pada Disember lalu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 283,978 orang, menurut data yang dikumpul oleh AFP, semalam.

Sekurang-kurangnya 4,148,350 kes COVID-19 didaftarkan di 195 negara dan wilayah. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya, 1,396,200 kini dianggap pulih.

Angka maklumat daripada pihak berkuasa nasional dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Banyak negara hanya menguji kes yang paling serius.

Sejak 1900 GMT pada Ahad, terdapat 3,294 kematian yang disahkan dan 77,313 kes baharu.

Amerika Syarikat mencatat jumlah kematian 836 orang kematian, diikuti Brazil (496) dan Perancis (263) kematian.

AS mempunyai jumlah kematian keseluruhan tertinggi dengan 79,894 daripada 1,339,819 kes. Sekurang-kurangnya 216,169 dinyatakan telah dipulih.

Britain angka korban kedua tertinggi dengan 32,065 kematian daripada 223,060 kes.

Ia diikuti oleh Itali dengan 30,739 kematian dan 219,814 kes; Sepanyol dengan 26,744 kematian dan 227,436 jangkitan dan Perancis dengan 26.643 kematian dan 177.423 kes.

China tidak termasuk Hong Kong dan Macau, setakat ini mencatat 4,633 kematian dan 82.918 kes. Ia mempunyai 78,144 kes pulih.

Seorang pekerja pembersih memakai topeng muka di Piazza Venezia di tengah bandar Rome pada 11 Mei 2020 ketika perintah kawalan diperkenalkan dua bulan lalu untuk memerangi penyebaran pandemi Covid-19 yang disebabkan oleh novel coronavirus mulai mereda. - Foto AFP

Belgium mencatat 75 kematian per 100,000 orang, diikuti oleh Sepanyol (57), Itali (51), Britain (47) dan Perancis (41).

Eropah mempunyai sejumlah 157,271 kematian daripada 1,756,578 kes; Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai 84,950 kematian dan 1,409,724 kes; Amerika Latin dan Caribbean mempunyai 20,909 kematian dan 375,280 kes; Asia mempunyai 10,749 kematian dan 301,143 kes; Asia Barat mempunyai 7,656 kematian dan 232,009 kes; Afrika mempunyai 2,318 kematian daripada 65,338 kes. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X