Ahad, 10 Mei 2020 | 7:42am
Orang ramai memakai topeng muka ketika melalui Pont des Arts, Sungai Seine di Paris, pada hari ke-54 perintah berkurung bagi menangani wabak COVID-19. - Foto AFP
Orang ramai memakai topeng muka ketika melalui Pont des Arts, Sungai Seine di Paris, pada hari ke-54 perintah berkurung bagi menangani wabak COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Kes jangkitan melepasi angka 4 juta

PARIS: Jumlah kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sudah melepasi angka empat juta pada Sabtu, mengikut data yang diperoleh AFP.

Sehingga Sabtu, kira-kira 4,001,437 kes jangkitan COVID-19 di laporkan di 195 negara di seluruh dunia dengan 277,127 kematian.

Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 1.313 juta kes jangkitan yang sudah pulih.

Amerika Syarikat, negara paling teruk terjejas dan masih mendahului bilangan kes jangkitan tertinggi dengan 1,305,544 kes membabitkan 78,618 kematian dan 198,993 kes yang sudah pulih.

Benua Eropah pula merekodkan sebanyak 1,708,648 kes dengan 155,074 kematian.

Britain mencatatkan sebanyak 31,587 kes kematian daripada 215,260 keseluruhan kes, manakala Itali pula 30,395 kes kematian daripada 218,268 kes, Sepanyol 26,478 kematian dan 223,578 kes manakala Perancis 26,310 kematian daripada 176,658 kes.

Sebanyak 341, 790 kes jangkitan COVID-19 di laporkan di Amerika Selatan dan kepulauan Caribbean dengan 18,679 kematian, berbanding 218,372 kes dan 7,502 kematian di Asia Barat.

Benua Afrika pula merekodkan 59,254 kes dengan 2,160 kematian dan negara Oceania pula 8,261 kes dengan 125 kematian.

Data diperoleh AFP, menggunakan maklumat daripada pihak berkuasa negara terbabit dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X