Rabu, 22 April 2020 | 1:47pm
JERMAN sahkan kes baharu positif COVID-19 meningkat. (Foto/AFP)
JERMAN sahkan kes baharu positif COVID-19 meningkat. (Foto/AFP)

Kes positif di Jerman terus meningkat

BERLIN: Jerman mengesahkan kes baharu positif COVID-19, di negara itu meningkat dari 2,237 kepada 145,694, berdasarkan data Institut Robert Koch (RKI), yang dikeluarkan hari ini.

Ia menyaksikan peningkatan kes jangkitan baharu dalam tempoh dua hari berturut-turut.

Statistik turut menunjukkan jumlah kematian meningkat dari 281 kepada 4,879 kes.- Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X