Khamis, 16 April 2020 | 8:14am
Mary Agyeiwaa Agyapong, 28, yang bekerja sebagai jururawat di wad umum di Universiti Hospital Luton dan Dunstable, utara London, meninggal dunia akibat COVID-19, Ahad lalu. - Foto Agensi
Mary Agyeiwaa Agyapong, 28, yang bekerja sebagai jururawat di wad umum di Universiti Hospital Luton dan Dunstable, utara London, meninggal dunia akibat COVID-19, Ahad lalu. - Foto Agensi

COVID-19: Jururawat hamil meninggal dunia, bayi selamat

LONDON: Seorang jururawat hamil yang dijangkiti COVID-19, meninggal dunia, bagaimanapun bayi perempuannya berjaya dilahirkan dan berada dalam keadaan baik.

Mary Agyeiwaa Agyapong, 28, yang bekerja sebagai jururawat sejak lima tahun lalu di wad umum di Universiti Hospiyal Luton dan Dunstable, di utara London, meninggal dunia pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, sama ada bayi itu didapati positif COVID-19 belum dapat dipastikan.

Yayasan Amanah Hospital Bedfordshire, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) berkata, Agyapong didapati positif pada 5 April lalu dan dimasukkan ke hospital tempat dia bekerja pada 7 April.

Ketua Eksekutif yayasan itu, David Carter berkata; "Dengan sangat sedih saya mengesahkan kematian seorang daripada jururawat kami, Mary Agyeiwaa Agyapong, yang meninggal dunia pada hari Ahad.

"Mary bekerja di sini selama lima tahun dan ahli pasukan kami yang sangat dihargai dan disayangi, seorang jururawat yang hebat dan contoh yang baik melalui apa yang kami perjuangkan.

"Ucapan takziah kami bersama keluarga dan sahabat Mary pada saat yang menyedihkan ini," katanya,

Pengumuman kematian itu berlaku ketika pertikaian berterusan mengenai kekurangan peralatan perlindungan yang disediakan untuk kakitangan kesihatan barisan hadapan di United Kingdom yang bergelut melawan wabak COVID-19.

Sementara itu, Connie Titchen, 106, dipercayai orang tertua di Britain yang berjaya sembuh daripada virus itu.

Doktor di City Hospital di Birmingham, England, berkata Titchen melawan virus itu selepas sakit selama tiga minggu.

Manakala seorang veteran tentera, Tom Moore, 99, dikatakan mengumpul lebih daripada 8 juta pound (RM43.50 juta) untuk NHS.

Tom Moore berhasrat untuk mengumpulkan 1,000 juta pound (RM5.44 juta) dengan berjalan kaki 100 pusingan di kebunnya tetapi melihat sumbangan mencurah masuk selepas berita mengenainya tersebar.

Pengumpulan dana itu diiktiraf oleh Menteri Kesihatan Matt Hancock, yang pada pada taklimat akhbar Downing Street semalam.

"Kapten Tom, anda menjadi inspirasi bagi kami semua dan kami mengucapkan terima kasih."katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X