Rabu, 15 April 2020 | 8:11pm
SEORANG wanita memakai topeng muka ketika ditemui di Paris. - Foto AFP
SEORANG wanita memakai topeng muka ketika ditemui di Paris. - Foto AFP

Lebih sejuta kes COVID-19 dilaporkan di Eropah

PARIS: Lebih sejuta kes COVID-19 dilaporkan di Eropah, kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan kes coronavirus itu pada peringkat global.

Dengan mencatatkan sekurang-kurangnya 1,003,284 kes disahkan termasuk 84,465 kematian, Eropah adalah benua yang paling teruk terjejas.

Pada peringkat global, jangkitan COVID-19 yang disahkan ialah 1,991,019 kes dan 125,955 kematian dicatatkan setakat ini.

Bagaimanapun, jumlah yang diperoleh AFP daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu dikatakan hanya merangkumi sejumlah kecil daripada kes sebenar berikutan kebanyakan negara hanya melakukan ujian bagi kes yang serius sahaja.

Sepanyol mencatatkan 172,541 kes dengan 18,056 kematian, Itali (162,488 kes dan 21,067 kematian), Perancis (143,303 kes dan 15,729 kematian) serta Jerman dengan 127,584 kes dan 3,254 kematian,

Britain, yang mencatatkan 93,873 kes dengan 12,107 kematian ialah negara dengan kadar kematian harian tertinggi di Eropah. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X