Selasa, 14 April 2020 | 8:53pm
Pekerja rumah mayat memakai topeng muka ketika menolak keranda mengandungi mangsa COVID-19 ke pusat pembakaran mayat di perkuburan La Almudena di Madrid, Sepanyol. - Foto AFP
Pekerja rumah mayat memakai topeng muka ketika menolak keranda mengandungi mangsa COVID-19 ke pusat pembakaran mayat di perkuburan La Almudena di Madrid, Sepanyol. - Foto AFP

70 peratus kematian COVID-19 di Eropah

PARIS: Wabak COVID-19 membunuh lebih 120,013 orang di seluruh dunia dengan 70 peratus atau 81,474 kes kematian direkodkan di Eropah.

Menurut data yang dikumpul AFP, jumlah keseluruhan yang dijangkiti coronavirus sehingga hari ini adalah seramai 1,923,390 orang, sejak coronavirus itu muncul di Wuhan China pada akhir Disember lalu.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kadar kematian tertinggi iaitu 23,649 kes dan 582,594 jangkitan diikuti Itali (20,465 kematian), Sepanyol (18,056 kematian), Perancis (14,967 kematian) dan 11, 329 kematian di Britain.

Sementara itu, Sepanyol, mencatat 567 kematian hari ini, sedikit meningkat berbanding semalam.

Ia menjadikan jumlah kematian keseluruhan di Sepanyol seramai 18,056 orang iaitu yang ketiga tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan Itali.

Menurut Menteri Kesihatan negara itu, jumlah jangkitan baharu turut meningkat 1.8 peratus kepada 175,541 kes, yang juga peningkatan terkecil sejak perintah berkurung dilakukan di negara itu. - AFP.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda hari ini melaporkan , kes COVID-19 yang disahkan meningkat 868 orang kepada 27,419 orang selain 122 kes kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 2,945 kematian. - AGENSI

Berita Harian X