Selasa, 14 April 2020 | 8:26am
ANGKA kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 meningkat kepada lebih 117,000 kes.
ANGKA kematian di seluruh dunia akibat COVID-19 meningkat kepada lebih 117,000 kes.

COVID-19: Angka kematian meningkat lebih 117,000

PARIS: Angka kematian di seluruh dunia akibat COVID-19, hari ini meningkat kepada 117,489 kes.

Menurut sumber rasmi, lebih 1,889,410 kes diisytiharkan sudah didaftar di 193 negara dan wilayah sejak kemunculan pertamanya di China, Disember lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 402,000 pesakit dilaporkan sudah pulih.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, 5,236 kematian dan 64,357 jangkitan baharu direkodkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat (AS) yang kini menjadi pusat utama pandemik, merekodkan 1,446 kematian baharu, manakala Britain dan Perancis, masing-masing 717 dan 574 kematian.

Angka kumulatif kematian di AS kini berada pada 22,935 dengan 568,176 jangkitan. Pada masa yang sama, 42,071 pesakit dilaporkan sudah pulih.

Itali menjadi negara kedua yang teruk dilanda COVID-19 dengan 20,465 kematian daripada

159,516 jangkitan.

Ia diikuti oleh Sepanyol dengan 17,489 kematian daripada 168,496 jangkitan positif, Perancis 14,967 kematian dan 136,779 jangkitan, manakala Britain dengan 11,329 kematian daripada 88,621 kes.

Setakat ini, China mengisytiharkan 3,341 kematian dan 82,160 kes termasuk 108 jangkitan baharu serta 77,663 pesakit sudah pulih.

Angka itu tidak termasuk Hong Kong dan Macau. Bagaimanapun, dua lagi kematian baharu turut dilaporkan.

Eropah mencatatkan 962,979 kes dan kematian seramai 80,370 setakat ini. Manakala Asia 141,367 kes dengan 5,021 kematian; Timur Tengah sebanyak 102,900 kes dengan 5,913 kematian.

Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean dengan 65,580 kes dengan 2,810 kematian, Afrika 14,994 kes dan 833 kematian serta Oceani 7,871 kes berserta 73 kematian. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X