Sabtu, 11 April 2020 | 8:40pm
Petugas kesihatan membawa pesakit COVID-19 ke bahagian kecemasan hospital Severo Ochoa, di Madrid. - Foto Reuters
Petugas kesihatan membawa pesakit COVID-19 ke bahagian kecemasan hospital Severo Ochoa, di Madrid. - Foto Reuters

COVID-19: 510 kematian di Sepanyol

MADRID: Sepanyol merekodkan penurunan jumlah kematian harian akibat pandemik COVID-19 untuk hari ketiga berturut-turut pada Sabtu dengan 510 kes kematian, menurut kerajaan negara itu.

Angka itu peningkatan terkecil harian sejak 23 Mac di Sepanyol yang kini menjadi sebuah negara paling teruk terjejas, berikutan penularan wabak itu di seluruh dunia.

Dengan perkembangan itu pada 24 jam lalu, sekali gus menjadikan jumlah kematian keseluruhan ialah 16,353 kes.

Jumlah jangkitan COVID-19 di negara itu merekodkan 4,800 kes lagi menjadikan keseluruhan 161,852 kes.

Sebagai langkah membendung penularan wabak, Menteri Kesihatan negara itu memaklumkan semalam, bahawa penutup hidung dan muka diagihkan di stesen kereta api bawah tanah pada Isnini lalu, apabila sebahagian syarikat beroperasi semula selepas dua minggu tempoh ‘rehat’.

Ketika wabak itu sedang ‘mengganas’ seperti dimaklumkan oleh Ketua Kesihatan negara itu, mereka menegaskan supaya rakyat secara serius perlu mematuhi perintah berkurung yang berkuat kuasa 14 Mac lalu, dalam usaha memperlahan penularan wabak itu.

Larangan akan diteruskan sehingga 25 April ini meskipun kerajaan jelas akan mengumumkan lanjutan dua minggu lagi, sebagai lanjutan perintah berkurung itu.

Sepanyol memperketat perintah berkurung di seluruh negara itu pada 30 Mac, termasuk memberhentikan semua aktiviti tidak perlu sehingga selepas sambutan Hari Easter sebagai langkah membendung penularan wabak berkenaan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X