Ahad, 5 April 2020 | 1:25pm
Petugas ambulan menolak kerusi roda dengan pesakit di rumah penjagaan semasa wabak penyakit koronavirus (COVID-19) di Leganes Madrid, berhampiran Madrid, Sepanyol.
Petugas ambulan menolak kerusi roda dengan pesakit di rumah penjagaan semasa wabak penyakit koronavirus (COVID-19) di Leganes Madrid, berhampiran Madrid, Sepanyol.

COVID-19: Sepanyol kini atasi Itali

MADRID/ROM: Kes COVID-19 di Sepanyol mencecah 124,736 pada semalam, mengatasi kes yang dicatatkan Itali iaitu sebanyak 124,632, lapor agensi berita Xinhua.

Sepanyol melaporkan 809 kematian baharu antara Jumaat dan Sabtu, menjadikan keseluruhan 11,744.

Jumlah kes disahkan setakat ini 124,736 berbanding 117,710 sebelum ini.

Kes baharu dicatatkan pada Sabtu sebanyak 7,026, sedikit menurun berbanding Jumaat berjumlah 7,472.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam berkata perintah berkurung akan dilanjutkan lagi.

"Perintah berkurung selama tiga minggu dilihat dapat memperlahankan rantaian jangkitan, jumlah orang ke hospital sedikit menurun dan mereka yang dibenarkan keluar wad meningkat," katanya.

Sementara itu, di Itali setakat semalam, virus maut itu telah meragut 15,362 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 124,632, menurut data terbaru dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam.

Sepanyol dan Itali, dua negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X