MADRID: Sepanyol mencatatkan penurunan harian kedua dalam kematian akibat COVID-19 dengan 809 kematian, berdasarkan angka rasmi hari ini.
Jumlah kematian di Sepanyol kini berada pada tahap 11,744, kedua di belakang Itali.
Sepanyol mencatat rekod kematian seharian tertinggi iaitu 950 orang mati pada Khamis lalu.
Jumlah kes baharu juga perlahan pada 7,026, menjadikan jumlah keseluruhan 124,736 kes.
Jumlah pesakit pulih dalam tempoh 24 jam terakhir berada pada 3,706, dengan jumlah keseluruhan 34,219.
Wilayah Madrid adalah mewakili paling teruk terjejas iaitu 40 peratus daripada kematian, atau 4,723, dan 29 peratus daripada keseluruhan kes pada 36,249.
Wilayah timur laut Catalan berada di tempat kedua dengan 2,508 kematian.
Perdana Menteri, Pedro Sanchez, dijadual memutuskan sama ada akan memanjangkan langkah-langkah kecemasan dan pengasingan yang diisytiharkan pada 14 Mac untuk dua minggu lagi bagi melawan wabak itu. - AFP