Selasa, 31 March 2020 | 8:59pm
Kakitangan perubatan mengambil sampel air liur untuk melakukan pemeriksaan COVID-19 dalam kalangan perkhidmatan awam seperti polis, jururawat dan anggota bomba di Cologne, Jerman. - Foto REUTERS
Kakitangan perubatan mengambil sampel air liur untuk melakukan pemeriksaan COVID-19 dalam kalangan perkhidmatan awam seperti polis, jururawat dan anggota bomba di Cologne, Jerman. - Foto REUTERS

Kadar jangkitan, kematian global COVID-19 terus meningkat

PARIS: Jumlah kematian dan jangkitan global membabitkan wabak COVID-19 meningkat sehingga 38,466 kes hari ini.

Sehingga kini, 791,000 kes disahkan di 185 negara sejak epidemik itu dilaporkan di China pada Disember lalu, dan daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 163,300 kes diisytiharkan pulih.

Data yang dikumpul AFP bagaimanapun tidak mencerminkan jumlah sebenar yang dijangkiti kerana kebanyakan negara hanya mengesan kes yang perlu dimasukkan hospital.

Di Itali, 11,591 kematian dikesan sejak Februari lalu, dengan 101,739 kes dijangkiti dan 14,620 mangsa pulih.

Di Sepanyol pula, jumlah kematian yang direkodkan adalah 8,189 kes termasuk 849 kematian dalam tempoh 24 jam serta 94,417 kes jangkitan.

China, tidak termasuk Hong Kong dan Macau, mengumumkan jumlah kematian mereka mencecah 3,305 kes dengan 81,518 kes jangkitan serta 76,052 kes pulih.

Sejak semalam, jumlah jangkitan baharu adalah 48 kes dan hanya satu kematian saja.

Di Perancis pula, 3,024 kematian dan 44,550 kes manakala di Amerika Syarikat (AS) pula jumlah mereka yang dikesan dijangkiti adalah sebanyak 164,610 kes dengan 3,170 kematian dan 5,764 kes pulih.

Keseluruhan kes di Eropah adalah 429,362 kes dengan 27,740 kematian manakala di Asia pula mencecah 108,143 kes dengan kematian sebanyak 3,878 kes.

Di AS dan Kanada, kes jangkitan mencecah 171,896 kes dengan 3,240 kematian manakala Asia Barat mencatatkan 54,642 kes serta 2,999 kematian.

Amerika Latin dan Carribean pula sebanyak 16,399 kes disahkan dengan 417 kematian, Afrika (5,343 kes, 170 kematian) serta Ocenia (5,224 kes, 22 kematian). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X