Isnin, 30 March 2020 | 7:41pm
Ketua kecemasan kesihatan Sepanyol, Fernando Simon diuji positif COVID-19.
Ketua kecemasan kesihatan Sepanyol, Fernando Simon diuji positif COVID-19.

COVID-19: Ketua kecemasan kesihatan Sepanyol diuji positif

MADRID: Ketua kecemasan kesihatan Sepanyol, Fernando Simon, yang mengetuai respons negara terhadap wabak COVID-19 dan memaklumkan perkembangan kepada Perdana Menteri, Pedro Sanchez, telah diuji positif virus itu, kata pegawai kesihatan Maria Jose Sierra, hari ini.

Bercakap pada sidang akhbar harian di mana beliau menggantikan Simon, Sierra berkata trend dalam jangkitan harian telah berubah sejak pengenalan langkah berkurung, dengan jangkitan baharu kini meningkat pada kira-kira 12 peratus sehari, berbanding sekitar 20 peratus sebelum 25 Mac.

Sierra berkata, seramai 12,298 pekerja kesihatan di Sepanyol yang telah menjalani ujian COVID-19 turut didapati positif virus itu.

Jumlah itu bersamaan kira-kira 14 peratus daripada keseluruhan 85,195 kes yang disahkan di negara itu, hampir sama dengan jumlah yang dicatat minggu lalu. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X