Sabtu, 21 March 2020 | 10:30pm

COVID-19: Angka kematian Sepanyol meningkat lepasi 1,300

MADRID: Sepanyol hari ini melaporkan peningkatan 32 peratus dalam kematian baharu akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara itu 1,326, kedua tertinggi di Eropah selepas Itali.

Jumlah jangkitan di seluruh negara juga meningkat kepada 24,926, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.

Ibu kota Madrid kekal menjadi yang paling teruk dilanda COVID-19, menurut laporan yang dilaporkan oleh kementerian.

Angka terbaru itu meneruskan peningkatan dalam angka kematian dan jangkitan semalam.

Sepanyol telah mengeluarkan arahan sekatan untuk kira-kira 46 juta orang yang hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka untuk kerja-kerja penting, membeli-belah makanan, alasan perubatan atau berjalan kaki untuk membawa anjing keluar.

Itali adalah negara paling teruk di Eropah dari segi kematian akibat COVID-19, diikuti oleh Sepanyol dan Perancis. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X