Khamis, 19 March 2020 | 7:09pm
PIHAK berkuasa mengarahkan sekolah dan premis perniagaan tidak membabitkan keperluan asas penduduk ditutup selain menggesa orang ramai jangan keluar rumah. - Foto AFP
PIHAK berkuasa mengarahkan sekolah dan premis perniagaan tidak membabitkan keperluan asas penduduk ditutup selain menggesa orang ramai jangan keluar rumah. - Foto AFP

COVID-19: Jumlah kes baharu Jerman meningkat mendadak

BERLIN: Jerman mencatatkan 2,801 kes baharu COVID-19 dalam tempoh sehari, mengikut laporan institut kesihatan awam Robert Koch Institute (RKI) semalam.

Peningkatan hampir satu pertiga berbanding kes sebelum ini meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 10,999 kes dengan 20 kematian.

Rhine-Westphalia Utara kekal sebagai kawasan paling terjejas dengan 3,033 kes COVID-19, meningkat 661 kes berbanding sehari sebelumnya.

Berikutan itu, pihak berkuasa mengarahkan sekolah dan premis perniagaan tidak membabitkan keperluan asas penduduk ditutup selain menggesa orang ramai jangan keluar rumah.

Namun, memandangkan ramai yang tidak mengendahkan perintah itu, dua perkampungan dikenakan perintah berkurung dan sempadan ditutup.

Sementara itu, Iran juga tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih apabila angka korban di negara ini terus meningkat kepada 1,135 orang Rabu lalu, lapor agensi berita.

Sebanyak 147 lagi kematian dilaporkan dan jumlah kes disahkan melonjak kepada 17,361 kes, peningkatan 1,192 berbanding Selasa.

Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan mengesahkan, sejumlah 321 pesakit sudah sembuh. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X