Rabu, 18 March 2020 | 8:23pm

COVID-19: Jumlah kes Sepanyol 13,700 dengan hampir 600 kematian

MADRID: Jumlah dijangkiti oleh COVID-19 di Sepanyol meningkat 13,700 hari ini dengan jumlah kematian meningkat kepada hampir 600, data kerajaan menunjukkan.

"Kami mempunyai 13,716 kes di Sepanyol, iaitu 2,538 lebih tinggi daripada semalam, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus," kata Fernando Simon, penyelaras kecemasan kementerian kesihatan.

Sepanjang tempoh 24 jam, jumlah kematian meningkat kepada 598, peningkatan 107, menurut kenyataan kerajaan, angka yang lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Simon pada awalnya.

Madrid kekal sebagai kawasan yang paling teruk, merangkumi 5,637 kes, atau 41 peratus daripada jumlah jangkitan di Sepanyol, manakala jumlah kematian di sana meningkat kepada 390 kematian - sekitar dua pertiga daripada jumlah nasional. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X