Khamis, 27 Februari 2020 | 7:28am
Romania mencatatkan kes COVID-19 yang pertama membabitkan seorang lelaki dari Gorj, semalam. - Foto Reuters
Romania mencatatkan kes COVID-19 yang pertama membabitkan seorang lelaki dari Gorj, semalam. - Foto Reuters

Romania catat kes COVID-19 pertama

BUCHAREST: Romania mencatatkan kes COVID-19 yang pertama membabitkan seorang lelaki dari Gorj, semalam, kata Menteri Kesihatan, Victor Costache.

“Lelaki itu mempunyai kontak secara langsung dengan seorang rakyat Itali yang berkunjung ke Romania, awal bulan ini.

“Beliau berada dalam keadaan baik dan akan dipindahkan ke sebuah hospital bagi penyakit berjangkit di Bucharest,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, ujian kesihatan bagaimanapun mendapati kesemua tujuh ahli keluarga lelaki itu negatif jangkitan virus berkenaan.

Wabak COVID-19 sudah meragut lebih 2,700 nyawa dengan kebanyakannya di China, selain menular ke kira-kira 29 negara lain, menurut satu penjumlahan oleh Reuters.

Jumlah kes jangkitan disahkan turut meningkat kepada lebih 80,000, setakat ini.

Itali mencatatkan penularan terbesar di Eropah dengan lebih 400 kes dilaporkan, manakala jumlah kematian di negara itu sudah mencecah 12 mangsa sejak Jumaat lalu.

Terdapat kira-kira 1.3 juta warga Romania tinggal dan bekerja di Itali. - REUTERS

• Lagi berita mengenai kes COVID-19 - https://www.bharian.com.my/coronavirus

Berita Harian X