Sabtu, 8 Februari 2020 | 3:52pm
Putera Harry dan isterinya Meghan.
Putera Harry dan isterinya Meghan.

Harry, Meghan tampil di khalayak

LONDON: Putera Harry dan isterinya Meghan tampil bersama buat kali pertama sejak berhenti berkhidmat sebagai anggota keluarga diraja kerajaan Britain, kata Buckingham Palace, semalam.

Duke dan Duchess of Sussex itu menghadiri acara anjuran JPMorgan Chase di Miami, di mana Harry memberi ucapan.

Pasangan itu mencetuskan kejutan bulan lalu apabila meninggalkan Britain, melepaskan tugas rasmi diraja untuk berdikari.

JPMorgan Chase adalah bank terbesar Amerika Syarikat (AS) dari segi aset. Tidak diketahui sama ada Harry dibayar untuk ucapan di 1 Hotel di South Beach Miami.

"Saya boleh mengesahkan laporan Sussexes menghadiri perhimpunan JPMorgan di Miami semalam, di mana duke memberi ucapan," kata jurucakap Buckingham Palace, semalam.

Harry dan Meghan kini tinggal di sebuah rumah mewah di luar Victoria di pantai barat Pasifik Kanada bersama anak mereka, Archie. - AFP

Berita Harian X