Jumaat, 20 Disember 2019 | 10:28pm
Gambar fail Ratu Elizabeth dan suaminya Putera Philip tergelak selepas mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Ireland, Michael D. Higgins dan isterinya, Sabina di Istana Windsor, selatan England pada 2014. -Foto Reuters

Putera Philip dikejarkan ke hospital

LONDON: Putera Philip, 98, suami Ratu Elizabeth dikejarkan ke hospital hari ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk rawatan sedia ada dialaminya, kata Istana Buckingham.

“Duke of Edinburgh dikejarkan ke Hospital King Edward VII London dari Norfolk pagi ini untuk pemantauan dan rawatan berkaitan keadaan sedia ada dialaminya.

“Kemasukan itu sebagai langkah berjaga-jaga atas nasihat doktor yang merawat beliau,” kata kenyataan istana.

Berita Harian X