Isnin, 28 Oktober 2019 | 11:43am
PUTERA Charles
PUTERA Charles

Putera Charles lawat India bulan hadapan

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera Charles, akan melakukan lawatan rasmi ke India bulan hadapan dengan fokus kepada pasaran mapan, perubahan iklim dan kewangan sosial, kata pejabatnya hari ini.

Charles, 70, akan tiba di New Delhi untuk lawatan dua hari pada Rabu, 13 November ini.

Ia adalah lawatan rasmi ke-10 Charles ke negara itu.

Kunjungan terakhir adalah sebahagian lawatan bersama dengan isterinya, Camilla, ke Brunei, India, Singapura dan Malaysia pada November 2017.

Butiran lanjut mengenai lawatan itu, yang dibuat atas permintaan Kementerian Luar berdasarkan keutamaan kerajaan, akan diumumkan tidak lama lagi, kata Clarence House.

Britain mahu mendapatkan perjanjian perdagangan dengan India selepas ia meninggalkan Kesatuan Eropah.

Pengumuman juga dibuat seminggu selepas anak Charles, Putera William dan isterinya, Kate, menamatkan lawatan empat hari ke Pakistan, yang berjiran dengan India. — Reuters

Berita Harian X