Sabtu, 12 Oktober 2019 | 11:36am
Putera William (kiri) dan isteri, Kate Middleton dijadual tiba di Pakistan pada 14 Oktober ini.
Putera William (kiri) dan isteri, Kate Middleton dijadual tiba di Pakistan pada 14 Oktober ini.

William, Kate lawat Pakistan 14-18 Oktober

LONDON: Putera William dan isteri, Kate Middleton, yang dijadualkan tiba di Pakistan pada 14 Oktober ini, akan bertemu Perdana Menteri Imran Khan dan Presiden Arif Alvi, pada keesokan hari, umum sumber Kementerian Luar.

Selepas bertemu Khan dan Alvi, Duke dan Duchess of Cambridge itu akan melawat Lahore pada 16 Oktober, kemudian ke Chitral sebelum kembali ke London pada 18 Oktober.

Awal bulan ini, pasangan diraja itu dilaporkan berkata mereka teruja untuk melawat negara ‘indah’ untuk bertemu penduduk dan merasai kebudayaan Pakistan.

Kunjungan William dan Kate adalah lawatan rasmi pertama oleh anggota diraja Britain ke Pakistan sejak 2006 apabila Putera Charles dan Camilla melawat negara itu.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II melawat Pakistan pada 1961 dan 1997 dan mendiang Puteri Diana pula pada 1991.

Britain mempunyai lebih sejuta rakyat berketurunan Pakistan, menjadikan ia negara paling ramai penduduk Pakistan di Eropah. - Agensi

Berita Harian X