Rabu, 9 Oktober 2019 | 1:53pm
Seorang pelancong Jepun Hotel kehilangan jam tangan Swiss bernilai AS$840,000 (RM3.5 juta) diluar Hotel Napoleon Paris.

Pencuri ragut jam tangan RM3.5 juta

PARIS: Seorang pelancong Jepun yang keluar dari bilik hotel di ibu kota Perancis untuk merokok kehilangan jam tangan Swiss bernilai AS$840,000 (RM3.5 juta) yang diragut dari pergelangan tangannya.

Mangsa, 30, didekati seorang lelaki yang meminta rokok di luar Hotel Napoleon berstatus lima bintang berhampiran Arc de Triomphe lewat kelmarin.

Pencuri itu kemudian memegang tangan mangsa dan melarikan diri dengan jam tangan Richard Mille, Tourbillon Diamond Twister.

Jenama Mille, dengan permukaan besar yang mendedahkan mekanisme di dalam yang rumit, amat dihargai penggemar dan segera dapat dikenali pencuri yang mensasarkan pelancong kaya di Paris.

Akhbar The Parisien menyiarkan peta menunjukkan kecurian kira-kira 24 jam tangan bernilai tinggi itu di kawasan ‘Segi Tiga Emas’ dan kawasan berhampiran

Champs-Elysees setakat ini pada 2019.

Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat rompakan jam tangan Richard Mille, semuanya bernilai AS$109,000 (RM457,000), antara 71 rompakan seumpama itu di Paris dan kawasan berhampiran antara Januari dan September.

Namun mangsa Jepun itu mungkin lebih bertuah kerana sumber polis berkata, pencuri keciciran telefon bimbit ketika melarikan diri, yang diserahkan kepada unit polis yang menyiasat rompakan serius dan jenayah terancang. — AFP

Berita Harian X