Isnin, 7 Oktober 2019 | 6:45pm

Kajian sel dan oksigen menang Hadiah Nobel

STOCKHOLM: Dua penyelidik Amerika Syarikat (AS), William Kaelin dan Greeg Semenza serta seorang penyelidik Britian, Peter Ratcliffe berkongsi Hadiah Nobel Perubatan, hari ini, atas kejayaan penemuan bagai mana sel mengesan kewujudan oksigen.

“Mereka berjaya membuktikan untuk pemahaman kita bagaimana jumlah oksigen mempengaruhi metabolisme dan fungsi fisiologi.

“Kajian mereka membuka jalan untuk beberapa strategi baharu menangani anemia, kanser dan banyak penyakit lain,” kata panel juri badan pengurus anugerah itu, Nobel Assembly.

Panel juri berkata, ketiga-tiga pemenang itu berjaya mengenalpasti mekanisme molekul yang mengawal aktiviti genetik dalam tindak balas terhadap pelbagai tahap oksigen yang penting kepada sejumlah besar penyakit.

“Banyak usaha dalam makmal akademik atau syarikat farmaseutikal tertumpu kepada pembangunan ubat yang boleh campur tangan dalam peringkat berlainan penyakit sama ada dengan mengaktifkan atau menyekat mekanisme pengesan oksigen,” kata panel juri itu lagi.

Kaelin bekerja di Institut Perubatan Howard Hughes di AS, sementara Semenza adalah pengarah Program Penyelidikan Vaskular di Institut John Hopkins untuk Kejuruteraan Sel.

Ratcliffe adalah pengarah penyelidikan klinikal di Institut Francis Crick di London dan pengarah Institut Penemuan Bersasar di Oxford.

Ketiga-tiga pemenang itu akan berkongsi jumlah Hadiah Nodel sebanyak sembilan juta kronor Sweden (RM3.83 juta). - AFP

Berita Harian X