Isnin, 7 Oktober 2019 | 4:31pm

22 selamat bot pendatang terbalik di Itali

MILAN: Sekurang-kurangnya dua maut apabila sebuah kapal membawa puluhan pendatang, karam di perairan pulau Lampedusa, selatan Sicily, Itali, kata pengawal pantai, hari ini.

Pengawal pantai berkata, kapal penyelamat berjaya menyelamatkan 22 orang dan operasi menyelamat mangsa yang terselamat sedang dilakukan selepas isyarat bot yang membawa 50 pendatang itu dalam bahaya, diterima lewat malam semalam.

Menurut pengawal pantai dalam satu kenyataan, beberapa kapal pengawal pantai dan polis kastam berjaya menghampiri bot terbabit yang terbalik dipukul ombak, kira-kira enam batu nautika dari pantai Lampedusa, dua mayat ditemui. - Reuters

Berita Harian X