Ahad, 8 September 2019 | 5:48pm
Amber Rudd. - Foto Reuters

Britain lantik Theresa Coffey ganti Amber Rudd

LONDON: Kerajaan British melantik Theresa Coffey sebagai menteri kerja dan persaraan, kata pejabat Perdana Menteri Boris Johnson hari ini.

Coffey menggantikan Amber Rudd yang meletak jawatan semalam sebagai membantah cara Johnson mengendalikan pengunduran negara itu dari Kesatuan Eropah (EU).

Dilihat sebagai anggota berpendirian sederhana dalam kerajaan pimpinan Theresa May, Rudd dipilih semula oleh Johnson ketika berjaya mengambil alih kuasa pentadbiran pada Julai lalu.

Rudd dalam surat peletakan jawatannya berkata, beliau tidak senang hati dengan komitmen ditunjukkan Johnson dalam proses membawa Britain keluar dari EU pada 31 Oktober, walaupun kedua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.

“Kerajaan menghabiskan banyak tenaga untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan ‘tiada perjanjian’ namun saya tidak melihat kesungguhan sama ditunjukkan ke atas rundingan bersama EU,” katanya dalam surat berkenaan. - Reuters

170 dibaca
Berita Harian X