Sabtu, 7 September 2019 | 8:26pm
VOLODYMYR Tsemakh

Suspek MH17 termasuk senarai pertukaran banduan Ukraine, Russia

AMSTERDAM: Ukraine menyenaraikan lelaki yang disyaki terbabit dalam menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines dalam pertukaran banduan dengan Russia, kata kerajaan Belanda hari ini.

MH17 ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Volodymyr Tsemakh, yang dikenal pasti perkhidmatan keselamatan Ukraine sebagai bekas komander tentera pemisah yang disokong Russia di timur Ukraine, dipindahkan ke Russia dalam pertukaran banduan antara Moscow dan Kiev, kata Kementerian Luar Belanda.

Pendakwa raya Belanda menggesa Kiev tidak membenarkan Tsemakh mengunjungi Russia, bimbang ia akan membahayakan siasatan mengenai tragedi MH17.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin oleh mahkamah Ukraine kelmarin. — Reuters

1286 dibaca
Berita Harian X