Ahad, 18 Ogos 2019 | 7:10pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

4 maut serangan di hospital psikiatri Romania

BUCHAREST: Empat orang maut dan sembilan mangsa lain cedera, selepas diserang seorang pesakit di sebuah hospital psikiatri, lapor media Romania, hari ini.

Katanya, lelaki 38 tahun itu datang sendiri ke hospital terbabit di Sapoca, timur laut ibu negara, Bucharest. Beliau masuk ke sebuah bilik rawatan dan menyerang pesakit lain.

Tiga daripada pesakit terbabit mengalami kecederaan di kepala dan mati di tempat kejadian, sementara mangsa keempat meninggal dunia kemudian di hospital, kata laporan itu.

Katanya, daripada sembilan mangsa cedera dalam serangan itu, dua dalam keadaan koma.

“Segalanya berlaku dalam tempoh kurang seminit. Pesakit itu dimasukkan dalam pemantauan biasa. Gejala beliau tidak menunjukkan kemungkinan akan berlaku kasar,” katanya kepada stesen televisyen Antena 3. - AFP

Berita Harian X