Jumaat, 26 Julai 2019 | 8:33pm
15 maut dalam insiden tanah runtuh di Pergunungan Atlas di Maghribi. Foto hiasan

15 maut dalam insiden tanah runtuh di Maghribi

RABAT: Kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan Pergunungan Atlas di selatan Marrakech, mengakibatkan 15 individu yang menaiki sebuah van terkorban.

Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden tanah runtuh berlaku akibat hujan lebat, hingga menimbus sebuah van dalam kejadian pada malam Rabu lalu di Asni.

“Mayat 11 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari van terbabit,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Menurut saksi, van berkenaan dalam perjalanan dari Casablanca menuju ke perkampungan Taliouine, kira-kira 670 kilometer di selatan Rabat.

Dalam pada itu, insiden tanah runtuh itu mengakibatkan longgokan tanah dan lumpur setinggi 20 meter, sekali gus menghalang laluan ke kawasan pergunungan. - Reuters

Berita Harian X