Khamis, 4 Julai 2019 | 4:01pm
Jeremy Hunt, calon Perdana Menteri Britain, berucap ketika acara di Belfast, Ireland Utara kelmarin. -Foto Reuters
Jeremy Hunt, calon Perdana Menteri Britain, berucap ketika acara di Belfast, Ireland Utara kelmarin. -Foto Reuters

Hunt nafi sokong bantahan ganas di Hong Kong

LONDON: Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt berkata hari ini, beliau tidak menyokong bantahan ganas di Hong Kong selepas media China menyalahkan campur tangan kerajaan Barat atas pergolakan di negara bekas jajahan British itu.

“Biar saya jelaskan apa yang saya katakan. Saya katakan bahawa saya mengecam dan kami di United Kingdom, mengecam semua keganasan dan penduduk yang menyokong penunjuk perasaan prodemokrasi berang dengan insiden yang mereka saksikan,” kata Hunt kepada radio BBC.

Hunt berkata, pihak berkuasa terpaksa menangani punca akar umbi bantahan berhubung rang undang-undang ekstradisi Hong Kong yang kini digantung.

Beliau juga berkata, tiada alasan mengapa hubungan baik antara Britain dan China tidak dapat diteruskan.

Namun katanya, beliau berikrar untuk mengekalkan tekanan ke atas China berhubung layanan penunjuk perasaan di Hong Kong, di tengah pertikaian diplomatik memuncak.

Beliau mengulangi akan ada ‘akibatnya’ jika Beijing melanggar komitmen dibuat mengenai hak asasi di Hong Kong apabila Britain menyerahkan kawalan di wilayah itu.

Bercakap kepada radio BBC, Hunt enggan memperincikan amaran itu namun berkata, ‘anda perlu memastikan pilihan anda terbuka.’ -Reuters/AFP

Pemandangan menunjukkan kerosakan dalam bangunan Parlimen selepas penunjuk perasaan menyerbu ketika bantahan ulang tahun penyerahan Hong Kong kepada China 1 Julai lalu. -Foto Reuters
Pemandangan menunjukkan kerosakan dalam bangunan Parlimen selepas penunjuk perasaan menyerbu ketika bantahan ulang tahun penyerahan Hong Kong kepada China 1 Julai lalu. -Foto Reuters

Berita Harian X