Isnin, 29 April 2019 | 10:26pm
Jerung tanduk itu mati akibat kulat sama yang menyebabkan kematian 29 lagi spesies sama di Nausicaa sejak diperoleh dan mula dipamerkan pada 2011 di akuarium terbabit. -Foto Agensi

Akuarium Perancis disaman kerana kematian 30 jerung tanduk

LILLE: Sebuah kumpulan pemuliharaan laut berkata hari ini, ia memfailkan tuntutan saman ke atas sebuah akuarium Perancis berhubung kematian awal 30 jerung tanduk daripada spesies terancam.

Tindakan itu dibuat selepas akuarium Nausicaa di bandar pelabuhan utara Perancis di Boulogne-sur-Mer berkata Khamis lalu, jerung tanduk terakhir, diperoleh di perairan Australia lapan tahun lalu mati akibat jangkitan kulat.

Ia berhenti memberi makan haiwan itu tiga minggu lebih awal dan diletakkan dalam pemerhatian.

Jerung tanduk itu mati akibat kulat sama yang menyebabkan kematian 29 lagi spesies sama di akuarium berkenaan sejak diperoleh dan mula dipamerkan pada 2011.

Nausicaa, yang menganggap dirinya akuarium awam terbesar di Eropah berkata, ia masih menyiasat punca kematian awal jerung yang dikatakan saintis dapat hidup antara 20 hingga 30 tahun di laut lepas.

Namun kumpulan tanpa keuntungan antarabangsa Sea Shepherd hari ini menggesa satu siasatan terhadap teknik digunakan untuk mendapatkan jerung terbabit dan keadaan tempat tinggalnya.

“Hanya ketamakan, ditambah ketidakupayaan dan sikap tidak bertanggungjawab dapat menjelaskan kematian ini,” kata kumpulan terbabit.

Jerung tersendiri itu, yang boleh mencapai panjang empat meter berada dalam Senarai Merah spesies terancam Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa.

Nausicaa mempertahankan koleksi jerung tanduk itu, mengatakan, ia penting untuk melindungi haiwan yang berisiko tinggi untuk pupus.

“Sebanyak 100 juta jerung dibunuh setiap tahun untuk sayap mereka yang dianggap makanan berharga di Asia. Jika kita mahu meningkatkan pengetahuan, kita boleh memantau mereka 24 jam sehari. Anda tidak boleh melakukannya di lautan,” kata pengarah akuarium, Philippe Vallette minggu lalu.

Dakwaan itu ditepis Sea Shepherd yang menggesa pihak berkuasa menyiasat laman web yang mendapatkan jutaan euro pembiayaan awam.

“Jika Nausicaa benar-benar mahu melindungi jerung tanduk, tiga juta euro (RM13.83 juta) dana awam dibelanjakan untuk projek ini perlu dilaburkan untuk menentang pemburuan h,” katanya. -AFP

Berita Harian X