Khamis, 18 April 2019 | 10:15pm
Pemeriksaan kastam di sempadan Bulgaria. - Foto novinite.com

Kastam Bulgaria rampas 288 kilogram heroin

SOFIA: Pegawai kastam Bulgaria berjaya merampas 288 kilogram dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sebuah trak dari Iran, kata pendakwa raya hari ini.

Rampasan heroin terbabit adalah yang terbesar pernah di buat di sempadan Bulgaria tahun ini.

Menurut kenyataan pendakwa raya di wilayah Haskovo, dua lelaki iaitu pemandu trak warga negara Iran dan lelaki Turki yang dipercayai menerima heroin di Bulgaria, ditahan dan didakwa kerana menyeludup dadah.

Katanya, kedua-dua suspek bakal berdepan hukuman penjara 15 sehingga 20 tahun.

Tambahnya, dadah terbabit diletakkan dalam 144 bungkusan yang disembunyikan dalam mesin penyembur cat yang diangkut dengan trak.

Dadah itu dijumpai semasa trak terbabit diimbas ketika sedang memasuki pusat pemeriksaan sempadan di Bulgaria, Ahad lalu.-AFP.

Berita Harian X