Ahad, 14 April 2019 | 7:08am
Penunjuk perasaan ‘Ves kuning’ bertembung dengan polis rusuhan ketika bantahan minggu ke-22 berturut-turut di Toulouse, Perancis, semalam. -Foto EPA
Penunjuk perasaan ‘Ves kuning’ bertembung dengan polis rusuhan ketika bantahan minggu ke-22 berturut-turut di Toulouse, Perancis, semalam. -Foto EPA

Bantahan 'Ves kuning' minggu ke-22, Macron sedia umum dasar baharu

PARIS: Penunjuk perasaan ‘Ves kuning’ bertembung dengan polis rusuhan di bandar Perancis di Toulouse semalam ketika Presiedn Emmanuel Macron bersiap sedia membuat beberapa pengumuman dasar bertujuan mematahkan bantahan anti-kerajaan 22 hujung minggu berturut-turut.

Polis di bandar tenggara itu melepaskan gas pemedih mata dan menahan beberapa orang selepas ribuan penunjuk perasaan mula membaling objek, membakar tong sampah dan cuba memasuki kawasan di mana bantahan dilarang.

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berhimpun di Allee Jean Jaures, dataran terbesar bandar itu.

Kumpulan aktivis berkata dalam rangkaian media sosial, Toulouse akan menjadi fokus untuk bantahan 22 pusingan itu, menyebabkan datuk bandar Jean-Claude Moudenc menyuarakan kebimbangan sebelum perhimpunan semalam.

Perarakan di ibu kota ini dan tempat lain sebahagian besarnya aman menjelang tengah hari namun bantahan terus meletakkan tekanan ke atas Macron. Beliau berikrar untuk mengumumkan siri langkah menyasar mengurangkan rasa tidak puas hati di negara itu.

Tunjuk perasaan itu, dinamakan sempena jaket keselamatan terang dipakai penunjuk perasaan, dimulakan November lalu sebagai membantah kenaikan cukai bahan api.

Macron dijangka mengumumkan langkah spesifik menjelang awal minggu depan. Menggariskan penemuan inisiatif yang diperdebatkan, Perdana Menteri Edouard Philippe berkata minggu ini, ia mengetengahkan tuntutan termasuk pemotongan segera cukai, tindakan menangani perubahan iklim dan hubungan lebih rapat antara Paris dan wilayah negara itu. -Reuters

Berita Harian X