Sabtu, 16 Februari 2019 | 3:34pm
GAMBAR fail, Putera Charles bersama isterinya Camilla melawat Mahkamah Agung United Kingdom di Dataran Parlimen untuk memperingati ulang tahun ke-10nya, di London, Britain pada 5 Februari 2019. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, Putera Charles bersama isterinya Camilla melawat Mahkamah Agung United Kingdom di Dataran Parlimen untuk memperingati ulang tahun ke-10nya, di London, Britain pada 5 Februari 2019. - Foto REUTERS

Putera Charles jadi kerabat Britain pertama lawat Cuba

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera Charles, menjadi kerabat diraja pertama melawat Cuba Mac ini, umum pejabatnya semalam, menandakan hubungan semakin baik antara kedua-dua negara.

Charles dan isterinya, Camilla, akan melakukan lawatan empat hari ke Cuba ketika kunjungan ke Caribbean, menurut kediaman rasmi putera itu, Clarence House.

Lawatan berkenaan tamat pada 29 Mac, tarikh pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah.

Bagaimanapun, beliau tidak merancang bertemu Presiden Raul Castro, adik kepada bekas pemimpin terkemuka negara itu, Fidel Castro, walaupun rombongan diraja mungkin bertemu dengan anggota muzikal Kelab Sosial Buena Vista.

Lawatan ke Cuba pada 24 hingga 27 Mac ini, yang dibuat atas pemintaan kerajaan Britain, akan menumpukan kepada peningkatan hubungan dua hala dengan United Kingdom dan menonjolkan beberapa kaitan budaya antara kedua-dua negara, kata Clarence House.

Ratu Elizabeth, 92, tidak melakukan kunjungan ke luar negara sejak 2015, bermakna Charles dan Camilla kini terpaksa memikul tanggungjawab melakukan lawatan luar.

Lawatan itu, bermula 17 Mac ini, akan membawa mereka mengunjungi lebih 50 acara di seluruh 10 pulau, termasuk Cuba. — AFP

Berita Harian X