Ahad, 6 Januari 2019 | 11:16pm
Kawasan Bavaria dilitupi salji tebal termasuk di jalan raya sejak hujung minggu, mengakibatkan 130 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich terpaksa dibatalkan semalam. - Foto EPA
Kesesakan di lebuh raya A8 Salzburg-Munich, berhampiran Siegsdorf, Bavaria. - Foto EPA

Bavaria keluar amaran runtuhan salji tahap empat

FRANKFURT AM MAIN: Salji tebal dan kematian seorang peluncur ski wanita mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran runtuhan salji kedua tertinggi di pergunungan Bavarian Alps.

Perkhidmatan amaran runtuhan salji Bavarian berkata mereka mengeluarkan amaran pada skala empat bagi memberitahu orang ramai mengenai bahaya runtuhan salji di Bavarian Alps.

Seorang wanita berusia 20 tahun terbunuh semalam selepas ditimbus runtuhan salji di kawasan pergunungan Teisenberg di Upper Bavaria berhampiran sempadan Austria manakala lima lagi peluncur ski dalam kumpulannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pakar kaji cuaca berkata, mereka menjangkakan rantau itu bakal dilanda salji tebal sekali lagi sedalam 10 hingga 40 sentimeter menjelang esok.

Kawasan Bavaria dilitupi salji tebal termasuk di jalan raya sejak hujung minggu, mengakibatkan 130 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich terpaksa dibatalkan semalam..

Situasi itu bagaimanapun beransur pulih hari ini dengan hanya 15 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala baki yang lain hanya mengalami sedikit kelewatan. - AFP

Berita Harian X