Sabtu, 8 Disember 2018 | 7:36pm
Orang memegang sepanduk yang bermaksud "Macron keluar, kehidupan kita, bukan keuntungan kita" menjuk perasaan di jalanan semasa hari kebangsaan bantahan oleh gerakan "jaket kuning" di Paris, Perancis. - Foto REUTERS

Polis guna gas pemedih mata, tangkap penunjuk perasaan

PARIS: Polis melepaskan gas pemedih mata dan menangkap ratusan penunjuk perasaan di ibu kot Perancis hari ini ketika bandar raya itu dikepung bagi bantahan baru ‘ves kuning’ menentang Presiden Emmanuel Macron.

Laungan ‘Macron, letak jawatan’ bercampur dengan gas pemedih mata berhampiran Champs-Elysees, lokasi rusuhan paling buruk di Paris dalam beberapa dekad Sabtu lalu.

Seorang pemandu trak forklift yang memperkenal diri sebagai Denis, berkata beliau merancang berarak ke istana presiden dengan kemarahan terhadap pemimpin itu yang dikatakan cuma mengutamakan golongan kaya.

“Saya di sini demi anak saya. Saya tidak membiarkan dia hidup di negara yang mengeksploitasi penduduk miskin,” katanya yang datang ke Paris dari bandar Caen.

Bantahan bermula 17 November lalu dengan sekatan jalan raya menentang kenaikan harga bahan api tetapi merebak menjadi pergerakan besar-besaran menentang dasar Macron.

Protes yang memakai "jaket kuning" (gilets jaunes) memegang sepanduk bermaksud "kemiskinan Macron"semasa protes terhadap peningkatan kos hidup mereka menyalahkan peningkatan kadar cukai di Marseille, Perancis. - Foto AFP

Tunjuk perasaan ‘ves kuning’ diadakan di seluruh negara hari ini, termasuk di beberapa lebuh raya, menyebabkan kesesakan pada rangkaian jalan raya negara itu.

Perdana Menteri, Edouard Philippe, berkata 481 ditahan di Paris apabila polis melakukan pemeriksaan ke atas mereka yang tiba di stesen kereta api dan lokasi panas seperti di Champs-Elysees dan tugu Bastille.

Antara mereka ialah puluh yang ditahan kerana membawa topeng, tukul dan batu yang akan digunakan untuk menyerang polis. — AFP

Berita Harian X