Ahad, 2 Disember 2018 | 2:10am
PENUNJUK perasaan membuat bantahan susulan kenaikan cukai bahan bakar oleh Presiden Emmanuel Macron. - Foto AFP
PENUNJUK perasaan membuat bantahan susulan kenaikan cukai bahan bakar oleh Presiden Emmanuel Macron. - Foto AFP

Perusuh 'ves kuning' bakar kenderaan, bangunan

PARIS: Sekumpulan belia bertopeng dan sebahagiannya membawa batang besi dan kapak, merusuh di jalan raya di tengah ibu kota Perancis semalam, membakar berpuluh-puluh kereta dan bangunan, dalam tunjuk ketegangan paling buruk di bandar raya itu dalam masa beberapa tahun.

Polis berkata, mereka menahan lebih 200 manakala hampir 100 lagi cedera apabila perusuh membaling benda ke arah polis pencegah rusuhan, membakar kereta dan memecahkan bahagian depan kedai.

Berhampiran hotel Ritz, tidak jauh dari butik dan restoran ternama, dan di lokasi Arc de Triomphe, yang menempatkan beberapa kedutaan asing, kumpulan penunjuk perasaan ganas merusuh, membakar van polis dan menterbalikkan kereta. Sekurang-kurangnya dua bangunan terbakar.

PERUSUH ‘ves kuning’ berarak berhampiran bangunan Arc de Triomphe dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai bahan bakar. - Foto AFP
PERUSUH ‘ves kuning’ berarak berhampiran bangunan Arc de Triomphe dalam tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai bahan bakar. - Foto AFP

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kenderaan yang dibakar perusuh. - Foto Reuters
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kenderaan yang dibakar perusuh. - Foto Reuters

Berhampiran hotel berkenaan itu, pokok Krismas yang menghiasi jalan raya ditumbangkan dan bertimbun di tengah jalan dan dibakar, mendorong penunjuk perasaan menjerit.

Belia juga cuba memecahkan tingkap Apple Store di Champs Elysees yang baru dibuka beberapa minggu lalu. Butik di Rue Rivoli juga dipecah masuk.

Polis berkata, beratus-ratus pelampau berhaluan kanan dan kiri menyusup masuk ke dalam demonstrasi itu yang disertai 5,000 penunjuk perasaan ‘ves kuning’, yang berkumpul untuk membantah kenaikan cukai bahan bakar oleh Presiden Emmanuel Macron. — Reuters

Berita Harian X