Isnin, 15 Oktober 2018 | 4:05pm
PUTERA Harry dan Meghan Markle. - Foto Reuters
PUTERA Harry dan Meghan Markle. - Foto Reuters

Dutchess of Sussex, Meghan hamil - Istana Kensington

LONDON: Duchess of Sussex, Meghan Markle, isteri kepada cucu Ratu Elizabeth, Putera Harry, kini hamil, kata Istana Kensington hari ini.

“Yang Mulia Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Duchess of Sussex dijangka bakal melahirkan bayi sulungnya pada musim bunga tahun depan,” kata istana dalam satu kenyataan.

Pasangan itu berkahwin pada Mei dan kini berada di Australia dalam rangka lawatan pertama mereka ke luar negara. - Reuters

Berita Harian X