Ahad, 2 September 2018 | 9:55pm
PENYANYI utama U2, Bono. - Foto Reuters
PENYANYI utama U2, Bono. - Foto Reuters

Bono hilang suara, U2 batal konsert

BERLIN: Kumpulan rock Ireland, U2, membatalkan konsert di ibu negara Jerman petang semalam selepas penyanyi utamanya, Bono, hilang suara selepas menyanyikan beberapa lagi pada persembahan itu.

Kumpulan itu memulakan Jelajah eXPERIENCE + iNNOCENCE di Eropah kelmarin di Arena Mercedes-Benz di Berlin.

Video yang dirakamkan peminat dan disiarkan di Twitter menunjukkan Bono mengganggu prosiding di situ semalam dan memberitahu peminat dengan suara serak: “Saya minta maaf. Sesuatu berlaku dan saya rasa tidak dapat meneruskan persembahan.

“Ia tidak adil bagi anda. Saya yakin ia bukan masalah besar tetapi akan berbuat sesuatu.

“Jika ada yang mahu pulang, saya tidak kisah. Kami akan membuat persembahan kepada anda pada waktu lain. Mari berehat. Mari berehat 10 minit.”

Peminat yang jelas kecewa memberi reaksi dengan tepukan lemah ketika mereka meninggalkan pentas.

Kumpulan itu memulakan jelajah di Amerika Utara pada musim panas selepas menerbitkan album studio ke-14, ‘Songs of Experience’.

Ia tidak menyebut sama ada konsert pada 4 September ini di bandar raya Cologne akan diteruskan.

“Bono dalam keadaan baik dan suaranya juga hebat sebelum pertunjukan dan kami tidak sabar mengadakan persembahan malam kedua di Berlin, tetapi selepas beberapa lagu, beliau terus hilang suara.

“Kami tidak tahu apa berlaku dan kami mengikut nasihat perubatan,” kata U2 di laman web rasmi kumpulan itu. — Reuters

Berita Harian X